Lagu keIslaman Johan_Nawawi

Antara karyanya yang berunsur Islam ialah Erti Al-Fatihah, nyanyian Putri yang merupakan salah seorang dari anaknya. Lagu ini hasil adaptasi daripada pengertian surah dari kitab suci umat Islam (al-Quran). Surah tersebut ialah al-Fatihah. Beliau mendapat persetujuan daripada Tan Sri Prof. Kamal Hassan yang merupakan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ustaz Aminullah Saliman dan Ustaz Che Bakar Che Mat. Lagu Erti Al-Fatihah ini dimuatkan dalam siri animasi Ummi - Ceritalah Pada Kami terbitan Hud-Hud Media Sdn. Bhd., dan Erama Records Sdn. Bhd.. Lagu yang bertemakan ketuhanan ini pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.

Antara penyanyi yang diminatinya ialah Ebiet G. Ade dan M. Nasir yang turut menyelitkan mesej-mesej ketuhanan. Beliau juga rapat dengan aktivis nasyid Farihin Abdul Fatah yang pernah bekerja dengan kumpulan Raihan pada penghujung tahun 1990-an. Baginya lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan. [2]